About Me

My photo
bachok, kelantan, Malaysia
Alhamdulillah,saya sudah bergelar seorang guru,dengan berkat usaha dan keyakinan dalam menamatkan pengajian di UKM,saya ditempatkan di sebuah sekolah yang agak besar di negeri sembilan,terima kepada semua pihak yang banyak membantu saya dalam mengecapi kejayaan ini..

Wednesday, July 29, 2009


TIDAK cukup dipanggil sarapan pagi jika ia hanya segelas jus oren, kata para penyelidik gigi.

Sesetengah jus sangat berasid sehingga boleh memberi kesan pada gigi.
Dr. Yan-Fang Ren dari Institut Eastmen untuk Kesihatan Oral, Amerika Syarikat mengatakan pekatan asid di dalam jus oren mampu menyebabkan penghakisan gigi yang teruk.

.
Jus oren dikatakan mengakibatkan permukaan enamel gigi menjadi kasar.
Kajian turut mengesahkan bahawa jus buah dan minuman karbonat boleh menyebabkan pengurangan kekuatan enamel dan pembentukan plak gigi. Doktor gigi menyarankan minum minuman tersebut dengan menggunakan straw atau hanya ketika makan.



"Kajian kami menunjukkan bahawa jus oren contohnya, berpotensi menyebabkan kerosakan gigi yang sangat serius. Ia adalah satu masalah kronik bagi mereka yang gemar mengamalkan pengambilan jus berkarbonat setiap hari.

Namun, pengambilan fluorida boleh memperlahankan proses tersebut. Ini termasuk mendapatkan minuman bertenaga."

Bagi yang minum minuman secara perlahan lebih daripada 20 minit adalah berpotensi mendapat kerosakan gigi berbanding orang yang menghabiskan minuman mereka dengan cepat.

Malah, menurutnya adalah penting untuk mengekalkan kebersihan mulut dengan mengamalkan sikap memberus gigi sebanyak dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.

Kajian terbaru turut membuktikan bahawa minum jus buah-buahan boleh mengurangkan secara mendadak keberkesanan ubat-ubatan untuk merawat kanser, masalah jantung dan darah tinggi.

Jus buah-buahan seperti oren, epal dan anggur berupaya mengurangkan keberkesanan sesetengah ubat antibiotik dan pil-pil demam.

Ini boleh membawa padah. Para pengkaji menasihatkan kita supaya lebih kerap minum air kosong ketika mengambil ubat.

No comments:

Post a Comment